
PRN Melaka: PN sedia hadapi pertembungan tiga penjuru – Muhyiddin
BANDA HILIR 21 Okt – Perikatan Nasional (PN) bersedia hadapi pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti, kata pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, pendirian tersebut dibuat memandangkan sehingga kini Barisan Nasional (BN) masih belum menetapkan keputusan untuk jalin kerjasama dengan PN.
“Persoalan sekarang adakah pihak di sana (BN) bersedia (jalin kerjasama)? Kita tak dapat jawapan yang jelas sedangkan masa sudah semakin singkat kerana tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi sudah diumumkan.
“Pada saya, ini penting kerana kalau tiada isyarat jelas kita akan ‘pursue‘ ikut keputusan yang dibuat PN peringkat kebangsaan.
“Bersatu, PAS dan Gerakan telah bersetuju kalau kita perlu berdepan tiga penjuru sekalipun, kita sedia hadapinya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog bersama penggiat sektor ekonomi dan sosial, di Hotel Hatten Melaka, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi PN Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen.
Tambahnya, sekiranya kerjasama atau gabungan itu dilambat-lambatkan, ia boleh menimbulkan permasalahan.
“Apa pun, kita sudah ada keputusan, kita lihat sahaja sama ada akan ada gabungan atau tidak pada PRN Melaka nanti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
