
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing meninggal dunia
KUCHING, 31 Okt – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya di sini, kira-kira pukul 7.05 pagi pada usia 72 tahun.
Berita kematian tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Janang Bungsu ketika dihubungi Bernama hari ini.
Masing meninggalkan seorang isteri Puan Sri Corrine Masing dan dua orang anak.
Sebelum ini, Masing yang juga Presiden PRS telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas kerana disahkan positif COVID-19 sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh sejak 1983 itu memulakan kerjaya politik secara aktif dengan menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah terbubar sekarang sebelum bersama-sama beberapa pemimpin lain untuk menubuhkan PRS pada 2004.
Beliau menyertai Kabinet negeri sebagai Menteri Pelancongan pada 1996 dan seterusnya memegang tiga portfolio lain selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Baleh selama lapan penggal berturut-turut, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sarawak pada 23 Jan 2017.-BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SUMBANGAN PERALATAN PERNIAGAAN KETUA MENTERI BERMAKNA BUAT PENIAGA KECIL
KUALA LINGGI 11 Julai - Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan peniaga kecil terus dizahirkan menerusi penyerahan bantuan peralatan perniagaan berupa...
TAWARAN ISTIMEWA ZOO MELAKA SEMPENA HARI HARIMAU SEDUNIA, 25 JULAI INI
AYER KEROH 11 Julai - Bersempena Hari Harimau Sedunia pada 25 Julai ini, Zoo Melaka menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Doodle...
BANJIR DI MELAKA AKIBAT TABURAN HUJAN LUAR BIASA, 21 STESEN REKOD BACAAN KRITIKAL
PAYA RUMPUT 11 Julai – Taburan hujan luar biasa yang melanda hampir seluruh negeri sejak awal pagi tadi menjadi antara...
USIA SENJA LEBIH BERMAKNA, KINI MILIKI RUMAH SENDIRI – PENERIMA PPRS
LENDU 11 Julai - Penantian seorang warga emas untuk memiliki kediaman sendiri selepas bertahun-tahun menumpang di rumah adik akhirnya menjadi...
KUNJUNGAN KETUA MENTERI BUAT WARGA EMAS RASA DIHARGAI
LENDU 11 Julai - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu menjadi platform merapatkan kepimpinan Kerajaan...
PEMBINAAN POLITEKNIK ANGKAT DUN KUALA LINGGI SEBAGAI HAB PENDIDIKAN TINGGI
KUALA LINGGI 11 Julai - Cadangan pembinaan Politeknik Melaka berhampiran Universiti Melaka (UNIMEL) dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan sektor...


