
Bersatu Kelantan hantar 700 petugas bantu kempen PRN Melaka
PASIR PUTEH 3 Nov – Bersatu Kelantan akan menghantar 700 petugas bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 Nov ini.
Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor berkata kumpulan itu melibatkan tenaga penceramah yang berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk politik, agama dan ekonomi.
“Kumpulan ini akan dihantar sebelum hari penamaan calon secara berperingkat dan bergilir-gilir sehingga hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Tokoh di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata ahli Bersatu Kelantan yang akan dihantar ke Melaka juga diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi sehingga membangkitkan kemarahan penduduk dan menghormati budaya masyarakat setempat.
“Bersatu Kelantan akan berkampung di dua kawasan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan Bukit Katil sebagaimana ditetapkan oleh Bersatu Melaka,” katanya.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan itu menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PPR PAYA RUMPUT: LENGKAPKAN JANJI TOK RAIS, BAWA KHABAR GEMBIRA UNTUK ORANG PAYA RUMPUT
SUNGAI UDANG 10 Oktober - Projek Residensi Rakyat (PRR) Paya Rumput diumumkan pada Belanjawan 2027 bakal memberi manfaat kepada rakyat...
MeSRa TVET: MELAKA BINA BAKAT UNTUK INDUSTRI MASA DEPAN
AYER KEROH 10 Oktober - Kerajaan Negeri terus memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pelbagai inisiatif...
55.5KG SISA DIKUTIP DI PULAU MELAKA, SWM PUPUK BUDAYA BERSIH
BANDA HILIR 10 Oktober - Sebanyak 55.5 kilogram sisa berjaya dikutip menerusi program Hari Pembersihan Sedunia (World Cleanup Day) 2026...
TIADA ZON BEBAS KENDERAAN, PENDAPATAN PENIAGA BOLEH TERJEJAS
BANDA HILIR 10 Oktober - Peniaga sekitar Bangunan Stadthuys mahu pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan diteruskan seperti biasa kerana membantu meningkatkan...
MELAKA TERUS PERKASA PELANCONGAN SUKAN, LUAR BANDAR
RIM 10 Oktober - Pengalaman bercuti sambil menikmati keunikan alam di kawasan desa menjadi kekuatan bagi Melaka untuk menggamit lebih...
MELAKA INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE JAMBOREE TARIK 1,000 PENYERTAAN TERMASUK WAKIL 10 NEGARA LUAR
RIM 10 Oktober - Pertandingan sukan basikal lasak di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin, Jasin semakin semakin mendapat sambutan termasuk...

