
Jepun sahkan kes pertama varian Omicron
TOKYO, 30 Nov – Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di negara ini , melibatkan seorang lelaki yang pulang dari Namibia, menurut sumber kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.
Lelaki berusia 30-an itu disahkan positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang Narita pada Ahad.
Pada Isnin, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan melarang kemasukan semua warga asing berikutan kebimbangan mengenai varian baharu COVID-19 itu.
Langkah tersebut telah dilaksanakan bermula Selasa selama sebulan, mewajibkan rakyat tempatan dan warga asing dengan status pemastautin yang balik dari kawasan berisiko tinggi perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di kemudahan ditetapkan kerajaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
SEMBILAN BAYI MERDEKA LAHIR DI HOSPITAL MELAKA
BANDARAYA MELAKA 31 Ogos - Tangisan bayi Merdeka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 apabila sembilan bayi dilahirkan di Hospital Melaka...
PENGUNJUNG REBUT PELUANG NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA SEMPENA 31 OGOS
BANDA HILIR 31 Ogos - Seawal jam 8.30 perkarangan Menara Taming Sari dibanjiri orang yang ramai tidak melepaskan peluang merebut...
