
Kedai di Melaka simpan daging buaya diserbu PERHILITAN
MELAKA 18 Dis – Serbuan ke atas sebuah kedai di negeri ini menemukan sebungkus daging hidupan liar dipercayai daging buaya.
Serbuan itu dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kuala Lumpur dan Melaka dalam satu operasi, kelmarin.
PERHILITAN Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati daging itu disimpan tanpa permit yang sah.
“Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Berendam dan barang kes itu dibawa ke Pejabat PERHILITAN Melaka untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan tersebut.
PERHILITAN memaklumkan, kes itu akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
MAIM BANTU MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi terawal yang tampil bagi menghulurkan bantuan kepada kepada...
PERMUDAHKAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei – Kerajaan Negeri akan mempermudahkan urusan dan membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, mendapatkan kediaman baharu selepas...
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
