
Lima maut, puluhan cedera kemalangan kereta api di India
NEW DELHI, 14 Julai – Sekurang-kurangnya lima maut dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api di negeri Bengal Barat, India pada Khamis.
Sebanyak 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.
Pegawai kanan kerajaan berada di lokasi nahas untuk menyelia operasi membantu dan menyelamat, kata ketua menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.
Kereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam, menurut media tempatan.
“Kami rasa kereta api bergoyang dan bagasi yang disimpan di bahagian atas terjatuh berselerakan ke bawah,” kata seorang mangsa yang terselamat.
Visual dari lokasi kemalangan memaparkan gerabak rosak dan penumpang serta penduduk tempatan yang kelihatan resah.
“Memantau secara peribadi bagi operasi menyelamat yang pantas,” kata Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw dalam ciapan Twitternya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 200 PENCAPAIAN DALAM 3 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 200 pencapaian berjaya dilakar di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
MELAKA MAJUKAN LEBIH 432 EKAR TANAH ADAT
AYER KEROH 9 Mac - Sebanyak 432.04 ekar Tanah Adat Melaka telah berjaya dimajukan melalui pelbagai projek pembangunan yang memberi...
AIDILFITRI: HAMPIR 40,000 PARKIR PERCUMA DI MELAKA SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bersetuju memberikan parkir percuma kepada rakyat dan pelancong selama tujuh hari sempena Hari Raya...
MELAKA SANTUNI LEBIH 26,000 ASNAF SEMPENA RAMADAN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 26,000 asnaf telah disantuni Kerajaan Negeri sempena Ramadan tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN TERTINGGI DALAM 22 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Melaka terus melakar pencapaian membanggakan dalam sektor pelaburan apabila berjaya memecah rekod selama 22 tahun....
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT PADA 28 MAC
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bakal menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 pada 28 Mac 2026 (Sabtu). Ketua Menteri Datuk...
