Sorting by

×

COVID-19: Vaksin untuk kanak-kanak bermula Februari – Khairy

Masa Membaca:2 Minit, 33 Saat

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Jan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusanĀ itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan KerjaĀ Teknikal (TWG), dan panel penulis Garis Panduan Klinikal VaksinasiĀ COVID-19 Kanak-Kanak.

ā€œPelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun akan diadakan pada 3 Feb ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur,ā€ katanyaĀ dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak tersebut akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Jan ini, dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu, namun perinciannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

ā€œSistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022, dan sebagai permulaanĀ ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera mereka,ā€ katanya.

Khairy berkataĀ keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan programĀ ini adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalahĀ kesihatan sepertiĀ penyakit respiratori kronik,Ā kardiovaskular,Ā kencing manis dan penyakit saraf, kerana mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakitĀ COVID-19 yang teruk.

Beliau berkata formulasi vaksin COVID-19 ComirnatyĀ yang akan digunakan dalam program vaksinasi adalahĀ formulasi khas untuk kanak-kanak, dan dibekalkan di dalamĀ bebuli 10-dos (penutup jingga) dan perlu dicampur dengan 1.3 mLĀ larutan garam biasa.

ā€œSetiap dos yang diberikan adalah 0.2 mL danĀ mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satuĀ pertiga daripada dosĀ yang digunakan bagi dos dewasa.Ā Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dosĀ vaksin dengan sela masa lapan minggu, selepas dos pertama,ā€ katanya.

Khairy berkata berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan minggu antara dua dos yang diberikan akan memberi kesanĀ tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi, serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebihĀ lama.

Bagaimanapun beliau berkataĀ seperti vaksin yang lain, vaksin ComirnatyĀ formulasi khasĀ untuk kanak-kanak ini juga boleh memberikan kesan sampinganĀ vaksin yang biasa dialami oleh kanak-kanak, seperti sakit padaĀ tempat suntikan, kemerahan dan bengkak.

ā€œTindak balas sistemikĀ pula termasuklah keletihan, pening kepala, sakit otot, menggigilĀ dan demam. Kebanyakan kesan sampingan vaksin ini adalahĀ ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan,ā€ katanya.

Jelasnya KKM menyasarkan 70 peratus kanak-kanak limaĀ hingga 11 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh duaĀ bulan dari tarikh program dilancarkan, dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan pelaksanaan.

Dalam pada itu Khairy memaklumkan bagi tempoh 25 Jan 2020 hingga semalam, jumlah kesĀ COVID-19 melibatkan individu berumur kurang daripada 18 tahunĀ adalah sebanyak 579,624 kes, denganĀ 269,773 kes melibatkan kanak-kanak berumur limaĀ hingga 11Ā tahun.

ā€œSecara keseluruhannya, sebanyak 144 kematian telah direkodkan akibat daripada jangkitan COVID-19 dalam kalangan populasi berumur 18 tahun dan ke bawah. Daripada jumlah tersebut, 31 kes kematian melibatkan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun,ā€ katanya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

783
Kongsi :
Previous post Pekerja putus jari, majikan didenda RM20,000
Next post Chong Wei mahu isu Zii Jia-BAM diselesai cara baik