
41 individu disyaki penagih, tokan dadah ditahan di tiga Felda
SEREMBAN, 23 Jan – Polis menahan 41 lelaki dan seorang wanita disyaki penagih dan tokan dadah dalam serbuan Ops Tapis Khas dan Ops Sarang di tiga kawasan Felda sekitar Tampin, pada Jumaat lepas dan semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata kesemua mereka yang berusia 27 hingga 65 tahun ditahan di Felda Bukit Jalur, Felda Sungai Kelamah dan Felda Jelai 4.
“Polis turut merampas dadah jenis heroin dianggar seberat 99 gram dan syabu seberat 17 gram keseluruhannya dianggar bernilai RM6,400,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil semakan mendapati 12 daripada mereka mempunyai dua rekod lampau berkaitan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan akan disiasat mengikut Seksyen 39C ADB 1952.
Katanya kesemua mereka kini direman antara empat hingga tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAPEM BANTU PELAJAR TAHFIZ MELAKA DUDUKI SPM
KUALA LINGGI 2 Mei - Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) membantu pelajar tahfiz menggengam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi...
MPJ ADAKAN OPERASI KAWALAN GANGGUAN LALAT BERSEPADU
JASIN 2 Mei - Sebuah ladang ternakan ayam di sini yang beroperasi tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan telah...
BUANG SAMPAH DI KAWASAN AWAM, PUSAT HIBURAN DIBERI NOTIS
AYER KEROH 2 Mei - Sebuah premis pusat hiburan di kawasan Melaka Raya telah dikenakan tindakan selepas dipercayai membuang sampah...
MPAG TAWAR DISKAUN 50 PERATUS TUNGGAKAN KOMPAUN
ALOR GAJAH 2 Mei - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menawarkan diskaun 50 peratus bagi pengurangan tunggakan kompaun bersempena Sambutan...
PROMOSI JUALAN ‘KAW-KAW’ SEMPENA MELAKA BILA LARUT MALAM MEI 2025
AYER KEROH 2 Mei - Bukan sahaja dapat menikmati diskaun hebat malah pembeli bertuah yang berbelanja di Malaysia Midnight Sale...
TIGA MAUT, KERETA TERBABAS LANGGAR PEMBAHAGI JALAN
KUALA LUMPUR, 2 Mei - Tiga lelaki maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya...