
Sarjan polis didakwa terima rasuah RM2,500
Mohd Nazuli Mohd Nazari, 35, dituduh memperoleh suapan wang tunai itu daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit yang disyaki mencuri dua telefon bimbit di sebuah kedai telefon di Baling.
Mohd Nazuli yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling didakwa berbuat demikian di dalam kereta Perodua Axia di tempat letak kereta di Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Baling pada 4.27 petang, 3 Dis 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Harmi Thamri Mohamad membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Tan Sew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Alif Zulkefli. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...

