
Gua Reptilia, mandi gajah tarikan baru Zoo Melaka
AYER KEROH 31 Jan – Gua Reptilia dan aktiviti mandi gajah dijangka mampu menjana pulangan besar dan menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Melaka.
Pengarahnya, Zanariah Khamis berkata, gua menempatkan pelbagai jenis reptilia sedang dalam pembinaan itu dijangka siap tidak lama lagi dan dibuka kepada orang ramai Ogos depan.
“Cadangan membina sebuah gua menempatkan pelbagai jenis reptilia bertujuan memberi peluang kepada pengunjung melihat kehidupan haiwan itu seperti di habitat sebenar.
“Kita akan membaik pulih dan bina sebuah kolam di kawasan gajah, sekali gus membolehkan orang ramai menyaksikan gelagat mamalia gergasi itu mandi dan bermain air,” katanya.
Zanariah berkata, bermula Mac pula pengunjung Zoo Melaka berpeluang merasai pengalaman menyusukan gajah.
Katanya, perancangan lain bakal dilaksanakan adalah membesarkan lagi rumah burung atau ‘aviary’.
“Dalam tempoh 10 hari lagi sebuah aviary baharu akan dibuka. Kita juga dalam proses menggantikan pagar baru kerana kemudahan yang sedia ada sudah usang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
LEBIH 7,000 MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
DUYONG 25 Ogos - Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Negeri Melaka menghimpunkan lebih 7,000 peserta daripada 101 kontinjen, sekali gus...
