
KPDNHEP P.Pinang rampas pakaian berjenama tiruan bernilai RM55,120
BUKIT MERTAJAM, 5 Feb – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang merampas 4,012 helai pelbagai pakaian berjenama terkenal tiruan bernilai RM55,120 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Perai Jaya, di sini semalam.
Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata serbuan dibuat hasil aduan daripada syarikat jenama terkenal berkenaan dan pemeriksaan di premis perniagaan itu pada 11.30 pagi mendapati premis itu dijadikan stor menyimpan semua pakaian.
“Pemeriksaan itu dijalankan selepas pihak kami menjalankan risikan sejak seminggu lepas dan semasa serbuan dijalankan terdapat dua lelaki warga asing berusia 30-an berada di premis itu dengan pelbagai pakaian yang menggunakan cap dagangan berdaftar yang disyaki palsu.
“Dalam serbuan itu kami merampas 4,012 helai kemeja-T dan seluar trek pelbagai jenama tiruan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan pemilik premis dan pakaian tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati mereka menjual pakaian berkenaan di sekitar negeri ini secara dalam talian dan borong dengan penjual dipercayai mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan hasil kegiatan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
MELAKA JADI TUMPUAN GENG ‘BASIKAL LIPAT’
BANDA HILIR 24 Mei - Seramai 616 pemilik basikal lipat berhimpun di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, bagi memeriahkan...
