
Tukar maklumat kad pengenalan: Muhammad Sajjad dikehendaki polis
KUALA LUMPUR, 8 Feb – Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai ‘Sajat’ dikehendaki polis bagi membantu siasatan satu kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini Muhammad Sajjad yang merupakan saksi dalam perbicaraan kes tipu itu di Mahkamah Ampang Jaya, perlu hadir pada prosiding itu pada 22 Feb ini.
“Saksi berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Mastura Abdul Basher di talian 018-2053955,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada Jun tahun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM CIPTA REKOD KUIH KERIA TERBANYAK, KONDA KONDI TERBESAR
BANDARAYA MELAKA 23 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencipta sejarah tersendiri dalam industri pelancongan negeri apabila...
E-MEL RAKYAT LENGKAPKAN EKOSISTEM MELAKA PINTAR
AYER KEROH 23 Julai - Inisiatif E-Mel Rakyat bakal melengkapkan ekosistem transformasi digital Melaka bersama pelaksanaan Kampung Digital dan Kubur...
E-MEL RAKYAT JADI IDENTITI DIGITAL MELAKA
AYER KEROH 23 Julai - E-Mel Rakyat bakal menjadi asas kepada identiti digital tunggal rakyat Melaka pada masa akan datang,...
KEUTAMAAN E-MEL RAKYAT KEPADA PEMEGANG MYKAD 04
AYER KEROH 24 Julai - Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada rakyat Melaka yang memegang MyKad berkod '04' dalam pelaksanaan awal...
SMK GHAFAR BABA SEKOLAH PERINTIS PENGGUNAAN E-MEL RAKYAT
AYER KEROH 23 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah dipilih sebagai sekolah rintis bagi pelaksanaan Inisiatif...
ERA BAHARU KAMPUNG DIGITAL BERMULA 2027
AYER KEROH 23 Julai - Rakyat Melaka yang terbabit dengan inisiatif Kampung Digital perlu segera menukar alamat kad pengenalan dan...
