
PM Ismail Sabri adakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan BN Muar
MUAR, 11 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri perjumpaan tertutup bersama jentera Barisan Nasional (BN) Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan UMNO Johor, pagi ini.
Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO tiba di bangunan itu pada 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira tiga jam di sana.
Pertemuan yang turut dihadiri Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad itu, difahamkan berkaitan gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.
Ismail Sabri juga difahamkan turut mengadakan mesyuarat dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO Johor Utara.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Seri Razali Ibrahim dan Setiausaha UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali serta Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Perdana Menteri kemudiannya ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Taman Sri Tanjung bagi menunaikan solat Jumaat dan beliau dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Ledang di Tangkak, petang ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM10.9 JUTA NAIK TARAF FASILITI SUKAN, INSENTIF ATLET DITERUSKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan peruntukan berjumlah RM10.9 juta menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 khusus...
DARI TANGAN WANITA CINA, TERHASIL HANTARAN RAJA SEHARI MELAYU
MERLIMAU 18 Oktober - Selama empat dekad, Tan Ah Lee, 63, tekun menghasilkan barangan jahitan dan sulaman untuk hantaran perkahwinan...
MELAKA SASAR BUDAYAKAN SUKAN, LEBIH 30 AKTIVITI DITAWARKAN
AYER KEROH 18 Oktober – Lebih 30 aktiviti sukan dan rekreasi ditawarkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat...
280 USAHAWAN COKLAT NEGARA RAIH JUALAN RM18.2 JUTA
BANDA HILIR 18 Oktober - Seramai 280 usahawan coklat di bawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia (LKM) mencatatkan nilai jualan produk...
MELAKA TUBUH KOPERASI BANTU USAHAWAN MUALAF BERSINAR
BANDARAYA MELAKA 18 Oktober - Penubuhan Koperasi Mualaf Melaka Berhad dijangka membuka ruang lebih luas kepada usahawan mualaf untuk memperkukuh...
PRN MELAKA: BN BAWA MISI 4-0 DI PARLIMEN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG 18 Oktober - Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu akan memastikan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di keempat-empat kawasan...
