
UTeM sambut baik kemasukan pelajar secara fizikal Mac depan
AYER KEROH 11Feb – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyambut baik pengumuman pelaksanaan kemasukan pelajar ke kampus secara berperingkat bermula 1 Mac depan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim berkata, UTeM sudah menggariskan beberapa panduan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan bermula bulan depan, selari dengan hasrat KPT.
Beliau berkata berdasarkan unjuran 80 peratus pelajar daripada keseluruhan enrolmen UTeM adalah dibenarkan masuk ke kampus bermula Mac nanti.
“Mengikut perancangan proses kemasukan adalah secara berfasa bermula dari 2 hingga 6 Mac, dengan seramai 4,000 pelajar dijangka akan ditempatkan di kolej kediaman.
“Keutamaan adalah kepada pelajar tahun satu yang mana diunjurkan seramai 2,919 orang manakala pelajar tahun dua boleh memohon mengikut kriteria ditetapkan.
“Pihak UTeM turut memberikan keutamaan kepada pelajar daripada golongan B40 dan BL40,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurutnya sesi PdP pula akan dilaksanakan secara tiga mod iaitu dalam talian sepenuhnya, hibrid dan bersemuka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggang p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
TOK RAUF KERAP TURUN PADANG, PASTIKAN BALAI NELAYAN SIAP IKUT JADUAL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Perkembangan projek balai nelayan baharu Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, sentiasa dipantau oleh Ketua...
MeSRa: MELAKA PASTIKAN KEMUDAHAN AWAM SELESA, PACU TENAGA MASA DEPAN
AYER KEROH 15 Oktober - Daripada penyediaan ruang rehat khusus untuk pekerja p-hailing hingga pembangunan ladang solar terapung berskala mega,...
GELANGGANG BAHARU JADI NADI AKTIVITI BELIA RUMAH AWAM PANTAI PERINGGIT
PENGKALAN BATU 16 Oktober - Gelanggang futsal dan sepak takraw baharu dijangka menjadi nadi baharu kepada aktiviti belia di Rumah...

