
Hishammuddin Hussein positif COVID-19
AYER KEROH 22 Feb – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein disahkan positif COVID-19 menurut satu kenyataan dikongsi di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.
Sebagai individu yang telah menerima dos penggalak, beliau akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.
“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Feb lalu,” katanya.
Sepanjang tempoh isolasi Hishammuddin, akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KETUA MENTERI BUKAN HANYA DENGAR CERITA, TAPI TURUN BANTU RAKYAT’
BEMBAN 10 Julai – Setiap kali awan mendung dan hujan mula turun, hati Leha Ludin, 67, pasti diselubungi kebimbangan apabila...
TOK RAUF SUMBANG PERALATAN PERNIAGAAN, PRIHATIN KESUKARAN PENIAGA KECIL
KUALA LINGGI 10 Julai - Seramai lima peniaga kecil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima sumbangan peralatan perniagaan...
KETUA MENTERI SENTUH HATI RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 10 Julai – Pelbagai inisiatif dan bantuan disalurkan kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi sempena Jelajah...
EKOPELANCONGAN SUNGAI KESANG DIBERI NAFAS BAHARU
SUNGAI RAMBAI 10 Julai – Keindahan semula jadi Sungai Kesang bakal diberi nafas baharu menerusi pembangunan ekopelancongan, sekali gus membuka...
92 PERATUS ADUAN RAKYAT KUALA LINGGI BERJAYA DISELESAIKAN
KUALA LINGGI 10 Julai – Sebanyak 92 peratus aduan rakyat yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di...
KEPRIHATINAN TOK RAUF SENTUH HATI ORANG BEMBAN
BEMBAN 10 Julai – Pendekatan turun padang menerusi Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat terus mendapat sambutan hangat penduduk Dewan Undangan...
