
Banjir Kelantan, Terengganu semakin pulih
KUALA LUMPUR 4 Mac – Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah baik pagi ini dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.
Di TERENGGANU, mangsa banjir terus berkurangan kepada 2,846 mangsa daripada 808 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 5,128 orang daripada 1,276 keluarga pada 8 malam tadi.
Ketika ini, hanya dua daerah masih terjejas banjir iaitu Hulu Terengganu dan Dungun dengan 16 pusat PPS masih beroperasi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Hulu Terengganu iaitu 2,538 orang dan Dungun (308 orang).
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan trend penurunan apabila 4,715 orang daripada 1,506 keluarga masih ditempatkan di 17 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat, berbanding 4,809 orang daripada 1,525 keluarga malam tadi.
Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS melaporkan hanya satu sahaja sungai utama di Kelantan iaitu Air Bol di Jeli berada pada paras waspada dengan merekodkan bacaan 71.3 meter manakala di Terengganu tiada sungai yang melepasi paras bahaya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...
MELAKA PERHALUSI, TELITI KEPERLUAN BEKERJA DARI RUMAH
AYER KEROH 28 Mac - Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan meneliti keperluan menguatkuasakan dasar Bekerja Dari Rumah melibatkan penjawat awam...
LEBIH 40,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Lebih 40,000 rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat...
