
Pasangan kekasih antara tiga ditahan bersama dadah bernilai RM73,000
ALOR SETAR, 7 Mac – Pasangan kekasih antara tiga individu ditahan polis bersama rampasan dadah bernilai lebih RM73,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Huma, Ayer Hangat, Langkawi, semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 27 dan 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada pukul 5 petang.
“Hasil pemeriksaan di dalam bilik di rumah tersebut menemukan satu beg galas mengandungi 10 paket plastik lut sinar yang berisi serbuk dan ketulan berwarna putih disyaki dadah jenis heroin seberat 4,082.41 gram (4.08 kilogram).
Turut dijumpai, satu beg plastik mengandungi 15 paket plastik lut sinar berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 775.96 gram. Jumlah keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM73,600,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata turut disita sebuah kereta jenis Honda City bernilai RM35,000.
Menurut Shariman hasil saringan urin mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamin dan mereka direman sehingga 13 Mac ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
