
Dua saksi dicari polis
AYER KEROH 10 Mac – Polis Melaka sedang mengesan seorang wanita dan lelaki tempatan bagi membantu perbicaraan kes dadah yang bersangkut dengan laporan Tengkera.
Ketua Polis negeri, Datuk Wira Abd Majid Mohd Ali berkata, kedua-dua saksi ini diminta untuk hadir ke Mahkamah Tinggi 1, Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, pada 29 dan 30 Mac depan.
“Dua saksi terbabit adalah T Lavaniaya, 39, yang beralamat terakhir di No 7, Jalan Kota Laksamana 2/8, Taman Kota Laksamana Seksyen 2, manakala saksi lelaki pula dikenali sebagai Raymond berusia 41 tahun beralamat di Kuala Lumpur.
“Mereka ini diminta hadir untuk membantu perbicaraan kes dadah dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya menerusi kenyataan media.
Beliau berkata, pihaknya memohon bantuan orang ramai bagi mengesan kedua-dua saksi itu dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Noratika Marzan di talian 018-9484205.
“Orang ramai juga boleh menghubungi Sarjan Muhamad Wari Abu Sufian di talian 016-6469754 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NADI BANTU USAHAWAN LUAR BANDAR BERJAYA
TELOK MAS 8 Mei - Kewujudan 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terbukti membawa impak cukup besar kepada rakyat dalam...
NADI TAMAN SERI TELOK MAS DILANCARKAN
TELOK MAS 8 Mei - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Telok Mas menjadi yang terbaharu dibangunkan di negara...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA, INISIATIF BISTARI SOKONG PRODUK SENI MELAKA
KLEBANG 8 Mei - Pementasan Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata antara inisiatif dilaksanakan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat...
190 PUSAT KOMUNITI DESA DIAKTIFKAN BERSAMA ‘NADI’
TELOK MAS 8 Mei - Sebanyak 190 Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara bakal diaktifkan untuk berfungsi menjadi seakan-akan...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN TEROKA DUNIA LOGISTIK
AYER KEROH 8 Mei - Seramai 30 pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) bersama dua pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti...
WRUR AYER MOLEK: SELESAI ADUAN RAKYAT IKUT KATEGORI
AYER MOLEK 8 Mei - Aduan diterima sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
