
PRN Johor: SPR adakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat
JOHOR BAHRU, 10 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Habib Hassan Al-Attas Wadi Hassan di sini bagi memohon kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung Sabtu ini.
Kira-kira 70 jemaah termasuk Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak menyertai majlis berkenaan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk mengamalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Majlis yang dipimpin imam masjid berkenaan Muhammad Asyraf Hairam, dimulakan dengan bacaan Yasin, selawat, doa selamat dan solat Maghrib serta solat hajat.
PRN Johor pada Sabtu ini melibatkan pertembungan 239 calon di 56 kerusi DUN.
Seramai 2,597,742 pengundi adalah layak mengundi dengan 173,177 daripadanya adalah anak muda berusia 18 hingga 20 tahun, yang akan menunaikan tanggungjawab mereka buat kali pertama.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA AMBIL LANGKAH AWAL PASTIKAN BEKALAN AIR MENCUKUPI
AYER LIMAU 28 Mac - Kerajaan Negeri mengambil langkah awal menyediakan pelan kotingensi bagi memastikan bekalan air di Melaka mencukupi...
DARIPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT, PARAKOM CERMINAN MeSRa
BANDA HILIR 28 Mac - Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) diperkenalkan Kerajaan Negeri bukan sahaja memperkukuh kesiapsiagaan kecemasan, malah menjadi cerminan...
MELAKA RIVER CRUISE TAWAR HADIAH CABUTAN BERTUAH RM100,000
AYER KEROH 28 Mac - Pelbagai hadiah menarik keseluruhan berjumlah RM100,000 ditawarkan kepada pengunjung bertuah Melaka River Cruise sepanjang tahun...
LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN JAMUAN AIDILFITRI DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 Mac - Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dalam suasana meriah...
DUA PENGARAH SYARIKAT RUGI LEBIH RM800,000 DIPERDAYA ‘PHONE SCAM’
GEORGE TOWN 27 Mac - Seorang pengarah syarikat kerugian RM457,607 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon awal bulan ini....
RAMAI TERPUKAU HIASAN KREATIF POKOK BUNGA KERTAS, BUNGA LOCENG DI JASIN
JASIN 27 Mac - Hiasan unik dan kreatif pokok bunga kertas dan bunga loceng di laluan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-...
