
FAO beri amaran konflik di Ukraine boleh akibatkan kenaikan harga makanan hingga 20 peratus
AMMAN, 12 Mac – Harga makanan antarabangsa boleh meningkat sehingga 20 peratus akibat konflik di Ukraine, mencetuskan lonjakan dalam kekurangan zat makanan global, menurut agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jumaat.
Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang berpangkalan di Rom, tidak dapat dipastikan sama ada Ukraine dapat menuai hasil tanaman jika konflik berlarutan, manakala ketidaktentuan turut menyelubungi prospek eksport Rusia pada tahun akan datang, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Rusia adalah pengeksport gandum terbesar dunia manakala Ukraine kelima terbesar, menurut FAO.
Jumlah tanaman kedua-dua negara menyumbang 19 peratus daripada bekalan barli dunia, 14 peratus gandum, serta empat peratus jagung, merangkumi lebih satu pertiga daripada eksport bijirin global.
Rusia juga merupakan peneraju utama dunia dalam eksport baja.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...


