
Kes kehilangan Eric diklasifikasi kes bunuh – Polis
KUCHING, 14 Mac – Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata berdasarkan siasatan terkini, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini iaitu ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Dua suspek iaitu pasangan penjaga yang telah ditangkap akan terus direman untuk siasatan lanjut.
“Usaha pencarian kini diperluas dengan bantuan pasukan Marin Wilayah 5 Kuching serta bantuan jabatan bomba serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sekitar perairan sungai Muara Tebas dan kawasan sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, malam tadi (13 Mac).
Sebelum ini, Eric telah dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa, di sini, pada 7 Mac lepas.
Sementara itu, Ashmon menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
– BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...

