
Lelaki lemas, rakan masih hilang di Lata Hammer
KUANTAN, 28 Mac – Seorang lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer di Bentong, hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul 8.16 malam tadi.
Sementara mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor.
“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 3.35 petang mengenai sekumpulan lelaki mandi dengan dua daripada mereka dilaporkan lemas.
“Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa akan bersambung esok ekoran cuaca sudah gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Operasi turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MISI SUMBANGAN PELAJAR MELAKA DI MESIR: MAIM NAFI ADA KAITAN DENGAN ILMAM
PENGKALAN BATU 4 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menafikan mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir...
MAHA 2026: PAVILION MELAKA REKOD 110,000 PENGUNJUNG, NILAI JUALAN RM188,584
SERDANG 4 September - Pavilion Melaka pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 merekodkan nilai jualan terkumpul...
35 ANAK MELAKA LANJUT PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH
PENGKALAN BATU 4 September - Seramai 35 anak Melaka bakal melanjutkan pengajian ke Timur Tengah tahun ini, membabitkan 32 pelajar...
‘SYUKUR TAK PERLU LAGI ALIH-ALIH KATIL AYAH ELAK AIR HUJAN’
TABOH NANING 4 September - Setiap kali berlaku hujan lebat Mohd Hasbullah Hamid, 37, terpaksa mengalihkan katil bapanya Hamid Tambi...
MPJ UNGGULI KONVENSYEN RKB MELAKA, iNEXUS BERTERASKAN AI DINOBAT JOHAN
BANDARAYA MELAKA 4 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengungguli Konvensyen Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Negeri Melaka 2026 menerusi projek...
‘TOK RAUF BANYAK BANTU RAKYAT, SAYA DOAKAN DIA PANJANG UMUR’
TABOH NANING 4 September - Bertahun-tahun hidup dalam rumah yang semakin uzur, beratapkan bumbung yang bocor dan tiang yang mula...

