
Rakyat Thailand masuk ke Malaysia perlu guna MySejahtera
PADANG BESAR, 29 Mac – Bermula 1 April ini, rakyat Thailand yang ingin memasuki Malaysia perlu mendaftar dalam aplikasi MySejahtera, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais.
“Daripada maklumat yang saya terima daripada pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan negeri (JKNPs), pintu sempadan di Wang Kelian, Perlis, hanya untuk kemasukan daripada rakyat Thailand,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di pintu sempadan Wang Kelian, di sini, hari ini.
Beliau berkata Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki negara ini.
“Hanya pelancong yang datang melancong lebih daripada lima hari sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF ZIARAH PESAKIT ANGIN AHMAR TERLANTAR
KUALA LINGGI 11 Julai - Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi Program Ziarah Kasih pada siri Jelajah...
RTB RM450 JUTA SOLUSI JANGKA PANJANG AKHIRI EPISOD BANJIR LENDU
LENDU 10 Julai – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru bernilai RM450 juta, bakal menjadi penyelesaian jangka panjang mengatasi...
NAIK TARAF JALAN KAMPUNG AIR LIMAU-BANDAR BARU MASJID TANAH LANCAR
LENDU 10 Julai - Perjalanan pengguna yang melalui persimpangan Jalan Kampung Ayer Limau -Bandar Baru Masjid Tanah akan lebih lancar...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU
LENDU 10 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa impak cukup besar dalam mensejahterakan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri...
223 ADUAN RAKYAT LENDU SELESAI, BUKTI AMANAH DITUNAIKAN
LENDU 10 Julai – Sebanyak 223 daripada 282 aduan yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan...
BULATAN SOLOK DUKU KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 75 PERATUS
LENDU 10 Julai – Pelaksanaan sistem bulatan atau ‘roundabout’ di persimpangan Solok Duku Jalan Padang Kemunting berjaya melancarkan aliran trafik...
