
Hujan lebat: Dua keluarga di Pontian dipindahkan ke PPS
JOHOR BAHRU, 4 Mei – Sebelas individu daripada dua keluarga di Kampung Sri Gambut di Pontian, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya pada pukul 9.30 pagi tadi.
“Hujan lebat lebih dua jam bermula pukul 3.30 pagi tadi telah mengakibatkan beberapa rumah di Kampung Sri Gambut dinaiki air.
“Keadaan cuaca di kawasan berkenaan masih mendung dan pemantauan berterusan oleh agensi berkaitan di kawasan berisiko dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.
Bagaimanapun, Sekretariat JPBD Pontian memaklumkan tiada laporan kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...

