
Tiga cedera, tujuh selamat van terbabas di Pulau Pangkor
LUMUT, 4 Mei – Tiga individu cedera ringan manakala tujuh yang lain selamat selepas van dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor petang tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada 5.02 petang.
“Kenderaan tersebut dinaiki 10 orang termasuk pemandu. Tiga daripadanya cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut jurucakap itu kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu van berkenaan hilang kawalan ke atas kenderaannya dan usaha mengeluarkan mangsa kemudian turut dibantu orang ramai.
Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pangkor dan operasi berkenaan tamat pada 5.25 petang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MESRA KEBAJIKAN: RM118.36 JUTA DISALUR, LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT
AYER KEROH 20 Oktober - Lebih RM118 juta bantuan kewangan disalurkan kepada 31,242 rakyat Melaka bagi tempoh Januari hingga Ogos...
MPJ, UMCARES TEROKA KERJASAMA PERKASA KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Oktober - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meneroka potensi kerjasama dengan Pusat Jalinan Komuniti Universiti Malaya (UMCares) bagi memanfaatkan...
DARI PONDOK ZINK NURSAJIDAH BERTEDUH DI RUMAH SELESA HASIL KEMAKMURAN MELAKA
AYER MOLEK 20 Oktober - Bukan tilam empuk, sebaliknya hanya beralaskan sejadah, itulah kehidupan yang dilalui Nursajidah Md Nor, 41,...
881 KES PENYAKIT BERKAITAN JEREBU DIREKODKAN DI MELAKA
AYER KEROH 20 Oktober – Sebanyak 881 kes penyakit berkaitan jerebu direkodkan di Melaka pada Minggu Epidemiologi (ME) 41/2026, menurun...
ORANG MACHAP JAYA PUAS HATI KHIDMAT ‘AH SEM’ BELA RAKYAT
MACHAP JAYA 20 Oktober - Sikap mudah didekati, prihatin terhadap kebajikan rakyat dan pantas menangani aduan tanpa mengira latar belakang...
OPERASI MELAKA RIVER CRUISE BERPINDAH SEMENTARA KE JETI PENGKALAN RAMA BERMULA 2 NOVEMBER
DUYONG 20 Oktober - Operasi Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah akan dipindahkan sementara ke Jeti Pengkalan Rama bermula...
