
Lebih 5,000 ‘beraya’ di Perkampungan Hang Tuah
DUYONG 25 Mei – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, di Perkampungan Hang Tuah, malam ini.
Ketibaan beliau kira-kira jam 9.15 malam itu disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang juga hadir bersama isteri Datin Seri Utama Munira M. Yusop.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari; Speaker DUN, Datuk Wira Ibrahim Durum dan EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman bersama isteri.

Dalam majlis itu juga ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berbaju Melayu biru bersama isteri menyambut lebih 5,000 pengunjung tidak mengira kaum dari pelbagai kawasan.
Tun Mohd Ali juga berkesempatan beramah-mesra bersama pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENJAWAT AWAM RUGI RM160,000 TERPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 20 Mac - Seorang penjawat awam kerugian lebih RM160,000 akibat terperdaya sindiket pelaburan tidak wujud setelah berkenalan dengan seorang wanita...
RM5 JUTA UNTUK PASANG LAMPU JALAN SOLAR, TUMPU KAWASAN GELAP SEKITAR MELAKA
AYER LIMAU 20 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan lampu jalan jenis solar di kawasan-kawasan gelap di...
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI PADA SABTU
KUALA LUMPUR 19 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor...
POLIS MELAKA SIAP SIAGA SEPANJANG AIDILFITRI
KLEBANG 19 Mac - Seramai 166 anggota trafik digerakkan di seluruh negeri ini sebagai kesiapsiagaan Polis Melaka bagi menghadapi peningkatan...
TYT, KM HADIRI MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac - Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka...

