
Uptown bakal meriahkan malam di Masjid Tanah
LENDU 2 Jun – Uptown Bandar Masjid Tanah/Simpang Walk bakal memulakan operasi pada 9 Jun ini dijangka mampu merancakkan lagi ekonomi setempat khusus dalam kalangan peniaga kecil Bumiputera.
Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Masjid Tanah Eddie Nazrin Othman merangkap penganjur berkata, pihaknya menyediakan 108 tapak gerai kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berniaga.
Katanya, setakat ini hampir 80 peratus tapak sudah diisi dan amat mengalu-alukan lebih ramai peniaga kecil untuk turut mengambil bahagian.
“Operasi uptown ini adalah pada Khamis, Jumaat dan Sabtu, dari jam 6 petang hingga 1 pagi dengan gerai menawarkan pelbagai barangan seperti, makanan, minuman, pakaian, kasut dan aksesori.
“Kami berharap apa dilakukan ini dapat memeriahkan suasana Bandar Masjid Tanah pada waktu malam selain menjadi lokasi usahawan Bumiputera menjana pendapatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, pengunjung bertuah juga berpeluang membawa pulang hadiah seperti televisyen 32 inci menerusi cabutan bertuah diadakan secara bulanan.
“Bagi memeriahkan suasana kami turut mengatur persembahan ‘buskers’ dan DJ, jadi tidaklah pengunjung berasa bosan, lokasi ini juga sesuai untuk semua peringkat usia,” katanya.
Bagi sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi pihaknya di talian 011-10318080.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
