
Ab Rauf santuni bakal haji dan hajah
TANJUNG BIDARA 9 Jun – Seramai 16 bakal haji dan hajah dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara diraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata, dalam majlis berlangsung di JAPERUN Tanjung Bidara pada 3 Jun lalu, pihaknya meraikan 10 bakal hajah dan enam bakal haji.
“Bersama-sama kita mendoakan agar jemaah daripada DUN Tanjung Bidara ini dipermudahkan segala urusan.
Diharapkan mereka dapat menunaikan rukun Islam kelima itu dengan sempurna dan beroleh haji mabrur,” katanya.
Beliau berkata, selain bertanya khabar dan persiapan dilakukan jemaah untuk ke tanah suci pada majlis sama turut diadakan majlis bacaan doa selamat.
Selain itu semua bakal hajah dan haji terbabit menerima sumbangan tunai Saudi Riyal 200 yang disampaikan oleh Ab Rauf.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
2,500 TOPI KELEDAR ‘LIMITED EDITION’ UNTUK PENGUJUNG BERTUAH KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA 2025
GADEK 27 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempelawa orang Melaka untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan...
151 MENARA MELAKA DILENGKAPI GENTIAN OPTIK SEPANJANG 200KM
SERI NEGERI 27 Ogos - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) bakal melengkapkan 151 menara telekomunikasi dengan...
INISIATIF KAMPUNG DIGITAL 2.0 DIPERLUAS KE SELURUH MELAKA
GADEK 27 Ogos - Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital 2.0 akan diperluaskan ke seluruh Melaka bermula dengan Kampung Baru, Felda, Felcra,...
MELAKA WUJUD ‘LEBUH RAYA DIGITAL’ PERTAMA NEGARA
SERI NEGERI 27 Ogos - Melaka bakal mewujudkan 'Lebuh Raya Digital' pertama di Malaysia menerusi peluasan infrastruktur gentian optik berkelajuan...
KAMPUNG DIGITAL: PENGURUSAN RAKYAT MELAKA LEBIH TERARAH
GADEK 27 Ogos - Penganjuran Bengkel Hala Tuju Kampung Digital Melaka bakal menjadikan pengurusan masyarakat atau 'social management' di Melaka...
LEBIH 30,000 DIJANGKA HADIR MELAKA BERSELAWAT
PENGKALAN BATU 27 Ogos - Lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan majlis ilmu Melaka Berselawat bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69...
