
Tebing runtuh di surau Taman Paya Rumput Damai dibaik pulih
PAYA RUMPUT 13 Jun – Bertindak atas aduan dan laporan penduduk, kerja-kerja berkaitan tebing runtuh di belakang surau di Taman Paya Rumput Permai sedang giat dijalankan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata kerja-kerja meletakkan batu-batu bagi menghalang dari tebing tersebut runtuh sedang dijalankan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Katanya menerusi laman Facebook rasminya pada 10 Jun lalu, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada penduduk dan pihak MBMB atas tindakan pantas masing-masing.
“Alhamdulillah, kerja kerja berkaitan tebing runtuh di belakang surau yang diadukan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Paya Rumput Permai sedang dijalankan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah atas tindakan yang pantas,” ujarnya.
Menurut Rais, kerja-kerja tersebut akan siap dalam masa yang singkat bagi memberi keselesaan kepada pengguna surau dan tidak membahayakan mana-mana penduduk termasuk penghuni perumahan berhampiran tebing yang runtuh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
JEREBU: MENARA TAMING SARI BEROPERASI SEPERTI BIASA
TELOK MAS 17 Oktober - Menara Taming Sari meneruskan operasi seperti biasa sepanjang musim jerebu, namun tahap jarak penglihatan akan...
HITS PERNAMA RINGANKAN BELANJA DAPUR KELUARGA TENTERA
SUNGAI UDANG 17 Oktober - Perbezaan harga lebih RM10 bagi sekampit beras mungkin kelihatan kecil, namun bagi Eva Shalyana Shahrom,...
