
‘Mediastinal tumor’ punca kematian Pengarah APM Melaka
AYER KEROH 15 Jun – Ketumbuhan di kawasan dada yang memisahkan paru-paru (mediastinal tumor) disahkan sebagai punca kematian Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra.
Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah Superintendan Rais Mukhlis Azman Aziz berkata, keputusan itu disahkan menerusi bedah siasat yang dijalankan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
“Hasil bedah siasat mendapati sebab-sebab kematian ialah “Mediastinal Tumor”,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, media melaporkan Cuthbert meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di pejabatnya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka.
Mendiang berusia 47 tahun mula berkhidmat sebagai Pengarah APM Melaka, 1 Januari tahun lalu.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam APM Melaka Leftenan (PA) Erma Rizuan memaklumkan mendiang bakal disemadikan di Keningau, Sabah iaitu kampung halamannya esok.
Katanya, pesawat membawa mayat mendiang akan berlepas pada jam 8 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PETAH BERTUTUR SEJAK TADIKA, AISYAH DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN PIDATO RUKUN NEGARA 2026
AYER KEROH 15 September - Kepetahan bercakap dan kebijaksanaan menyusun kata-kata menjadi kelebihan buat Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris...
KLINIK MEDIPULIH LAHIR SUKARELAWAN BERILMU
AYER KEROH 15 September - Niat untuk membantu masyarakat semata-mata tidak memadai bagi seorang sukarelawan kerana mereka perlu dilengkapi ilmu,...
PIDATO RUKUN NEGARA BAKAL PERKENAL KATEGORI UNTUK OKU
AYER KEROH 15 September - Kementerian Perpaduan Negara menyambut baik cadangan mewujudkan kategori orang kurang upaya (OKU) bagi memeriahkan lagi...
PENCAK SILAT TIDAK DIANAKTIRIKAN, KERAJAAN NEGERI SALUR RM174,734 SEPANJANG 2026
AYER KEROH 15 September – Sebanyak RM174,734 disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan lagi pembangunan sukan pencak silat sepanjang 2026....
HALA TUJU PEMBANGUNAN HARTA TANAH MELAKA MESTI UTAMAKAN KEMAMPUAN RAKYAT – AB RAUF
AYER KEROH 15 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu melihat lebih ramai rakyat Melaka yang...
PPSPM ‘HIDUPKAN’ PANTAI TANJUNG BIDARA, SEDIA AKTIVITI AIR PERCUMA
TANJUNG BIDARA 15 September - Pelbagai aktiviti air percuma yang disediakan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal menjadi...
