
PM akan pantau sendiri hal ehwal Bumiputera
KUALA LUMPUR 1 Okt. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menyelia sendiri hal ehwal berkaitan bumiputera.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada satu daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera I 1965-2020 (KEB I 1965-2020) yang berlangsung hari ini.
“Saya sendiri secara peribadi dan kerajaan umumnya akan meneliti dokumen ini secara terperinci untuk tindakan susulan. Saya bagi jaminan apa sahaja yang diresolusi akan kita perhalusi dan laksanakan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup KEB 1 1965-2020 di Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini.
Resolusi kongres berkenaan antaranya mengangkat Mara dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) sebagai agensi ulung untuk diletakkan di Jabatan Perdana Menteri dengan Perdana Menteri sebagai menterinya.
Muhyiddin berkata kerajaan Perikatan Nasional amat komited terhadap pelaksanaan agenda bumiputera khususnya dalam memperkasa modal insan dan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...
