
Melaka United tewas lagi
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) mencatat kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super selepas tunduk 0-3 di tangan Kedah Darul Aman FC.
Dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu, skuad kendalian Mohd Asri Ninggal ketinggalan pada minit ke-13 menerusi jaringan Mahmoud Almardi.
Tanpa kelibat pemain import dan hanya dibarisi pemain tempatan itu, skuad Hang Tuah gagal mempamerkan aksi seperti biasa apabila kerap menerima asakan pasukan pelawat.
Pada minit ke-83 gawang Melaka dibolosi lagi hasil jaringan Fayadh Zulkifli dan seminit sebelum perlawanan tamat, Melaka terus dihukum dengan jaringan ketiga Kedah yang dijaringkan Mahmoud.

Kekalahan itu, meletakkan Melaka kini sekadar mengumpul 17 mata daripada 17 perlawanan.
Manakala Kedah naik ke tangga kelima Liga Super dengan mengutip 24 mata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB TINGKAT PENGUATKUASAAN ‘ULAT PARKIR’ DI LOKASI TUMPUAN PELANCONG
AYER KEROH 10 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan 'ulat parkir' di lokasi...
LEBIH RM600,000 PACU AGENDA PENDIDIKAN HANG TUAH JAYA
AYER KEROH 10 Januari - Lebih RM600,000 dibelanjakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya bagi tujuan pembangunan pendidikan sepanjang...
MBMB BERI BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA 200 PELAJAR
AYER KEROH 10 Januari - Seramai 200 pelajar dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima bantuan persekolahan sebagai...
MENARA TAMING SARI DITUTUP SEMENTARA 12 JANUARI-2 FEBRUARI 2026
BANDA HILIR 10 Januari - Produk pelancongan ikonik Melaka, Menara Taming Sari akan ditutup sementara bermula 12 Januari sehingga 2...
PANTAI PERANGINAN ALOR GAJAH JADI TUMPUAN
TANJUNG BIDARA 10 Januari - Pantai-pantai peranginan dalam daerah Alor Gajah menjadi tumpuan ramai sempena cuti persekolahan, baru-baru ini. Tinjauan...
PENCAWANG TELEKOMUNIKASI BERHAMPIRAN RUMAH TIDAK MENDATANGKAN RISIKO KESIHATAN
ASAHAN 10 Januari – Agensi Nuklear Malaysia menegaskan pembinaan pencawang telekomunikasi berhampiran kawasan kediaman penduduk tidak mendatangkan risiko kesihatan kepada...
