
Lelaki warga tempatan ditahan miliki rokok seludup
KLUANG, 13 September – Seorang lelaki warga tempatan ditahan di sebuah premis di Pekan Baru Layang-Layang, dekat sini, petang semalam, kerana memiliki sejumlah rokok putih dipercayai rokok seludup.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam serbuan pada pukul 3 petang itu, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama 255 karton rokok tanpa cukai kastam pelbagai jenama bernilai RM60,669, dipercayai untuk dipasarkan sekitar daerah itu.
Beliau berkata serbuan di premis menjual barangan runcit itu melibatkan jenama rokok jenis U2, Tiara Merah, RE King Merah dan RE Bold Hitam.
“Turut dirampas rokok jenama Touro Hitam, LA Hitam, Canyon Blast Biru, Canyon Menthol Hijau, Clas Mind Putih, Galaxy Merah, Sampoerna Mild Putih, Gudang Baru, Gudang Garam Menthol Mild Putih, Impact Diplomat Hitam; John Merah dan Luffman Classics Putih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Permohonan reman akan dilakukan hari ini,” kata Bahrin.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
