
Polis cari individu gantung enam kain rentang tidak puas hati mengenai PRU15
JOHOR BAHRU, 11 Okt – Polis Johor sedang mengesan individu yang menggantung kain rentang memaparkan kata-kata meluahkan perasaan tidak puas hati dipercayai melibatkan sebuah parti politik, serta berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekitar daerah Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya mengesan kain rentang seumpama itu digantung di enam tempat awam.
Katanya perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana mereka yang berhasrat menggantung kain rentang dan sebagainya di kawasan berkenaan, perlu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) terlebih dahulu.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Tindakan menurunkan kain rentang itu telah diambil oleh pihak MDKT, bagaimanapun individu yang menggantung kain rentang itu belum dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENDUDUK PONDOK BATANG NIKMATI KEMUDAHAN SELESA
ASAHAN 29 April - Pembinaan Taman Rekreasi Rumah Awam (RA) Pondok Batang di sini memberi manfaat kepada lebih 400 penduduk...
MELAKA BERI BIASISWA ANAK ORANG ASLI CEMERLANG SPM
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Pendidikan kepada anak-anak Melaka daripada komuniti Orang Asli yang cemerlang...
‘MELAKA WATER MUSIC FESTIVAL’ TONJOL KONSEP TRADISIONAL, BUDAYA TEMPATAN
SERI NEGERI 29 April - Melaka Water Music Festival 2026 atau Festival Muzik Air Melaka 2026 dijadualkan berlangsung pada 1...
AB RAUF MAHU DAPATKAN HOSPITAL BAHARU DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Melaka akan memohon pembinaan hospital baharu di negeri ini ekoran keperluan mendesak dalam sektor...
KAMPUNG RELAU PERMATA PELANCONGAN ASAHAN
ASAHAN 29 April - Kampung Relau, di sini, menjadi antara permata pelancongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan kerana kedudukannya yang...
MELAKA LAKSANA 636 AUDIT KUALITI PERKHIDMATAN JALUR LEBAR
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 636 siri audit kualiti perkhidmatan internet telah dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

