
Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli tertimbus akibat tanah runtuh
IPOH, 17 Nov – Sebahagian daripada beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di sini tertimbus akibat kejadian tanah runtuh petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.05 malam.
“Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai ke lokasi bagi kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut jurucakap itu, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pihak Jabatan Kerja Raya telah dimaklumkan bagi tindakan lanjut.
Beliau berkata operasi masih diteruskan sehingga kini bagi memantau keselamatan di kawasan sekitar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
‘MAK CIK TAKKAN LUPA BUDI TOK RAUF, YB ALONG’
REMBIA 11 Ogos - 'Rumah syurga dunia' menjadi gambaran rasa syukur Sawiyah Husin, 65, apabila menerima sebuah rumah baharu menerusi...
HLN 2026: KOLEJ KOMUNITI SELANDAR BUKTIKAN WARGA TVET HEBAT DALAM LANDSKAP
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kolej Komuniti Selandar (KKSL) mencipta kejayaan membanggakan apabila merangkul gelaran naib johan Pertandingan Arca Peringkat...
EKSPRESI JALUR GEMILANG SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DI MELAKA
AYER KEROH 11 Ogos - Program Ekspresi Jalur Gemilang menjadi antara inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan...
ZOO MELAKA PERKAYA TARIKAN, TAMBAH KOLEKSI KANCIL
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka dijangka menambah koleksi haiwan dengan membawa masuk spesies kancil sebagai sebahagian usaha memperkayakan...
SUK WANITA PERTAMA MELAKA, SALHAH TEKAD PERKASA GAGASAN ‘MESRA’
AYER KEROH 11 Ogos - Memperkukuh kerjasama antara jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta memperkasa gagasan Melaka Sayang Rakyat...
