
CEO Invest Melaka meninggal dunia
AYER KEROH 3 April – Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, Datuk Ramli Mohd Ali menghembuskan nafas terakhir di Putra Specialist Hospital Melaka awal pagi tadi.
Allahyarham yang juga Pengerusi Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Melaka meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi selepas mengalami komplikasi pembedahan di pusat perubatan berkenaan.
Berita itu turut dikongsikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di laman Facebook rasminya pagi ini.
Ab Rauf turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman keluarga di Kampung Bukit Beruang pagi ini.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan salam takziah kepada balu Allahyarham, Datin Rosnah dan empat anaknya serta seluruh ahli keluarga.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” tulisnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
