Sorting by

×

AB RAUF SANTUNI PENIAGA, PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN PEKAN MERLIMAU

Masa Membaca:58 Saat

MERLIMAU 13 Mac – Suasana di Bazar Ramadan Pekan Merlimau bertambah meriah apabila Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa menyantuni seramai 73 peniaga dan pengunjung di bazar berkenaan, semalam.

Kehadiran beliau bukan sahaja disambut mesra oleh para peniaga, malah pengunjung yang hadir turut mengambil peluang bertegur sapa serta merakam gambar kenangan bersama.

Turut mengiringi lawatan itu ialah Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari.

Kemeriahan bazar tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai menu menarik yang menjadi tumpuan pengunjung, malah suasana mesra antara peniaga dan orang ramai turut menyerikan kunjungan Ketua Menteri ke lokasi berkenaan.

Ab Rauf turut meluangkan masa bertanya khabar selain meninjau sendiri keadaan peniaga dan pengunjung yang memeriahkan bazar Ramadan itu.

Lawatan berkenaan mencerminkan keprihatinan beliau untuk terus mendekati rakyat serta melihat sendiri suasana kehidupan masyarakat di kawasan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut berharap para peniaga di bazar berkenaan terus dimurahkan rezeki sepanjang Ramadan, manakala pengunjung dapat menikmati kemeriahan suasana bulan yang penuh keberkatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

205
Kongsi :
Previous post AB RAUF SAMPAIKAN BANTUAN RAMADAN KEPADA WARGA JASIN
Next post SUNGAI MELAKA JADI SAKSI ANAK MUDA KHATAM AL-QURAN