
AB RAUF ZAHIR TAKZIAH BUAT DR. MUHAMAD AKMAL
AYER KEROH 11 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan ucapan takziah kepada Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh atas pemergian ayahanda beliau, Allahyarham Saleh Lempah.
Mewakili Kerajaan Negeri, beliau menyampaikan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh keluarga Dr. Muhamad Akmal, yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, atas kehilangan besar itu.
“Saya mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Dr. Muhamad Akmal di atas kepulangan ke rahmatullah ayahanda beliau, Allahyarham Saleh Lempah di Merlimau, pagi tadi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Ketua Menteri turut berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham di Merlimau sejurus selesai menghadiri program rasmi di Durian Tunggal, hari ini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEORANG WANITA MAUT, DUA PEMANDU CEDERA DALAM KEMALANGAN DI MIRI
SIBU 22 Mac - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat...
CUACA PANAS: ELAK PEMBAKARAN TERBUKA
PAYA RUMPUT 22 Mac - Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia merupakan satu...
25,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 22 Mac - Kira-kira 25,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di...
KONTRAKTOR RUGI LEBIH RM300,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
TEMERLOH 22 Mac - Seorang kontraktor kerugian RM356,342 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sesawang...
DUA LELAKI DITAHAN CUBA CURI KABEL DI JAM BESAR
SUNGAI PETANI 22 Mac - Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran Dataran Jam Besar di sini, petang...
DARIPADA RASA INGIN TAHU, ‘YB SEM’ BERJAYA PUASA LEBIH 20 HARI
MACHAP JAYA 22 Mac — Tanpa latar belakang agama Islam, beliau memilih untuk bangun sahur, menahan lapar dan dahaga, bukan...
