Sorting by

×

AB RAUF ZIARAH WARGA EMAS, PESAKIT KANSER HATI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Disember – Keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap nasib rakyat di Tanjung Bidara dizahirkan menerusi program ziarah kasih di sekitar Kampung Londang, di sini, hari ini.

Meskipun berdepan jadual yang padat, namun ia tidak menghalang Ab Rauf untuk bersama menyelami nasib rakyat dengan menziarahi dua penduduk yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Kunjungan pertama adalah ke rumah Saari Baba, penduduk yang menghidap kanser hati tahap empat, di mana beliau turut menitipkan kata-kata semangat untuknya agar terus kuat melawat penyakit.

Selepas itu, Ketua Menteri juga turut menziarah Baba Kechut yang menghidap sakit tua di kampung yang sama.

599950876 1381517603986927 5607868838112792568 n
AB Rauf turut menziarahi pesakit kanser hati tahap empat di Kampung Londang. Foto Pejabat Ketua Menteri

Terdahulu, beliau juga sempat bersarapan bersama penduduk kampung di Restoran Roti Canai Bilal Rosli, Kampung Londang.

Menurut Ab Rauf kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau terus mendekati dan menyantuni rakyat.

“Hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat akan sentiasa menjadi keutamaan saya buat rakyat Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut menjemput seluruh warga Masjid Tanah untuk memeriahkan Karnival Masjid Tanah Kampung Kita yang bermula hari ini hingga 21 Disember 2025.

“Karnival Masjid Tanah Kampung Kita menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim komuniti setempat melalui pelbagai pengisian merangkumi program keusahawanan, kebudayaan, sukan rakyat serta aktiviti kekeluargaan.

“Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan jati diri masyarakat Masjid Tanah yang harmoni dan progresif,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

472
Kongsi :
Previous post SWM ENVIRONMENT BANTU MURID DI DUYONG ‘KEMBALI KE SEKOLAH’
Next post 10 PREMIS DI MELAKA SERTAI JUALAN RAHMAH KEMBALI KE SEKOLAH