Sorting by

×

ABANG MAUT, ADIK PARAH MOTOSIKAL REMPUH POKOK TUMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER MOLEK 12 Ogos – Perjalanan pulang dua beradik dari Tampin menuju ke Muar bertukar tragedi apabila motosikal yang mereka tunggangi melanggar pokok tumbang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 pagi itu, penunggang Yamaha NVX, Muhammad Fauzy Borhan, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di muka, manakala adiknya, Muhammad Naim Borhan, 30, yang menunggang Yamaha Y15, parah di kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua beradik itu menunggang motosikal dalam perjalanan pulang menghala ke Muar.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat sebatang pokok tumbang dan menutup laluan mereka.

“Kedua-dua mangsa itu merempuh pokok terbabit dan tercampak ke hadapan.

“Akibat dari kemalangan tersebut Muhammad Fauzy parah di bahagian muka dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Ketika kejadian cuaca hujan renyai dan jalan di lokasi kemalangan gelap tanpa lampu jalan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

736
Kongsi :
Previous post PENJENAYAH SIBER ‘KAUT’ LEBIH RM51 JUTA DI MELAKA
Next post MBMB WAJIBKAN PREMIS KIBAR JALUR GEMILANG