Sorting by

×

‘ACIK ZUL’ KONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN ORANG TABOH NANING

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TABOH NANING 12 Mac – Terpilih menerima sumbangan ayam segar, telur dan wang tunai membuatkan seramai 130 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning menarik nafas lega apabila bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, pemberian sumbangan itu antara inisiatif berkongsi rezeki yang dilaksanakan pihaknya di bulan Ramadan.

“Program sumbangan ini melibatkan seramai 130 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan B40 serta mereka yang kurang berkemampuan dari DUN Taboh Naning.

“Setiap seorang diberikan seekor ayam, sepapan telur dan sejumlah wang tunai, di mana kita berharap bantuan ini secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban kewangan.

“Selain itu, Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) turut menyampaikan sumbangan kepada 10 penerima pada majlis ini,” katanya yang mesra dengan panggilan ‘Acik Zul’ dalam kalangan penduduk tempatan kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu beliau yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Ramadan Peringkat DUN Taboh Naning, di Dewan Japerun Taboh Naning, di sini, semalam.

Menurut Zulkiflee, program berkenaan merupakan antara usaha berterusan pihaknya bagi membantu golongan yang memerlukan selain memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi perhatian.

“Walaupun nilainya tidak seberapa tetapi kita berharap sumbangan yang disalurkan ini dapat memberi kelegaan serta membawa kegembiraan kepada para penerima dalam bulan Ramadan.

“Selain itu, di peringkat DUN Taboh Naning juga kita turut melaksanakan beberapa program mengimarahkan Ramadan termasuk ziarah kasih, Majlis Taqarrub Ramadan dan pengagihan bubur lambuk,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post PENGGIAT GIG MELAKA TABIK KEPRIHATINAN KETUA MENTERI
Next post 1,500 PENGUNJUNG MERIAHKAN IFTAR SANTAI MPJ