
Adly dilantik Naib Presiden Parti Amanah Negara
AYER KEROH 6 Sept – Parti Amanah Negara (Amanah) semalam melantik bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sebagai Naib Presidennya yang baharu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pelantikan Adly adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Naib Presiden yang sebelum ini dipegang oleh Datuk Husam Musa.
Menurutnya, pelantikan Adly, 50, yang sebelum ini adalah Bendahari Agung selaras dengan aspirasi Amanah untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.
“Selaras dengan matlamat ini juga, Amanah telah melantik Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim, 59, sebagai Bendahari Agung menggantikan Adly.
“Kami yakin perlantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Parti Amanah Negara sebagai parti yang membawa mesej ‘Rahmatan lil aalamin’ di kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Untuk rekod, Adly juga adalah Pengerusi Amanah Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
MELAKA HARGAI PENGAMAL MEDIA SEBAGAI PENYAMPAI KEBENARAN
BANDA HILIR 15 Disember - Peranan pengamal media sebagai penyampai kebenaran dan jambatan menghubungkan Kerajaan Negeri dengan rakyat dihargai menerusi...
MELAKA HARI INI BOLOT 8 ANUGERAH MEDIA KETUA MENTERI 2025
BANDA HILIR 14 Disember - Melaka Hari Ini Sdn Bhd membuktikan reputasinya sebagai antara agensi berita terbaik Negeri Melaka apabila...
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
