Sorting by

×

ADUAN SISTEM SALIRAN PALING BANYAK DITERIMA SEPANJANG WRUR BEMBAN

Masa Membaca:54 Saat

JASIN 11 Julai – Sebanyak 43 aduan diterima Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam tempoh dua minggu pelaksanaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, baru-baru ini.

Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, daripada jumlah itu sebanyak 27 aduan telah diselesaikan, manakala selebihnya sedang dalam tindakan.

“Jenis aduan paling banyak diterima melibatkan isu longkang pecah, rosak dan tersumbat iaitu sebanyak 15 aduan, diikuti aduan berkaitan pokok, keselamatan jalan seperti bonggol serta cermin cembung, masing-masing lima aduan.

“Selain itu, MPJ turut menerima lapan aduan permohonan fasiliti seperti gazebo dewan dan taman permainan serta empat aduan jalan rosak atau mendap,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut beliau, secara purata, aduan yang tidak melibatkan isu teknikal dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 15 hari.

“Bagi aduan teknikal, tindakan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan pelantikan kontraktor dan ketersediaan peruntukan. MPJ komited menyelesaikan setiap aduan mengikut kemampuan dan piagam pelanggan sedia ada.

“Walaupun berdepan kekangan tertentu, MPJ sentiasa mencari kaedah yang lebih berkesan dalam menangani aduan rakyat demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

278
Kongsi :
Previous post AB RAUF LUANGKAN MASA SANTUNI ORANG DURIAN TUNGGAL
Next post JKKN MELAKA ANJUR ‘COLOURS OF MALAYSIA 2025’