Sorting by

×

AGENDA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN RAKYAT JADI FOKUS UTAMA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

PAYA RUMPUT 8 Februari – Kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi antara tumpuan utama Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan serta kemajuan Melaka ke satu tahap lebih baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, program berteras santunan rakyat menjadi antara inisiatif yang sentiasa diperhebat dan dianjurkan secara berterusan di negeri ini.

Jelas beliau, ia dapat dilihat menerusi penganjuran pelbagai program dan karnival bersama rakyat, baik di peringkat negeri mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Karnival Demi Paya Rumput yang sedang berlangsung hingga 15 Februari depan.

“Apatah lagi, karnival yang berlangsung selama lapan hari ini bakal diperkukuh dengan 101 program, yang merangkumi aspek kemasyarakatan, kesihatan, pendidikan, keusahawanan serta aktiviti kekeluargaan yang bersifat inklusif dan menyeluruh.

“Saya percaya, program-program yang telah dirancang ini bukan sahaja mampu menarik penyertaan meluas masyarakat setempat, malah menjadi wadah penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh jaringan komuniti serta memupuk semangat perpaduan yang
utuh dalam kalangan warga DUN Paya Rumput,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Demi Paya Rumput dan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Bilangan 1 Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka di Padang Awam Taman Rambai Jaya, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau telah dibacakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Adun Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim; Adun Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong; Pegawai Daerah Melaka Tengah Mohd Shaiful Hizam Johan serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri menyeru seluruh warga DUN Paya Rumput agar dapat bersama-sama memanfaatkan program yang telah disusun oleh pihak penganjur, di samping memeriahkan penganjuran karnival berkenaan.

“Saya percaya karnival bersama rakyat ini secara tidak langsung dapat menyemai
semangat kebersamaan serta memelihara keharmonian seluruh warga di kawasan DUN
ini,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

251
Kongsi :
Previous post 101 PROGRAM ‘GAMATKAN’ KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT
Next post ZOO MELAKA HIDUPKAN ‘VIBE’ UNIK BILA LARUT MALAM