
Ahli Parlimen Pasir Salak dikompaun tidak pakai pelitup muka di Parlimen
KUALA LUMPUR 28 Julai – Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan tidak memakai pelitup muka ketika berada di bangunan Parlimen.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kompaun dikeluarkan selepas siasatan yang dibuat mendapati Ahli Parlimen itu yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat kelmarin tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen dengan seorang individu kira-kira jam 2.30 petang.
Siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu foto yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter kira-kira pukul 10 pagi semalam.
“Nilai kompaun akan ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beh turut menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP PPN dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
PUTRAJAYA, 12 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai,...
MELAKA BAKAL MILIKI HOSPITAL BAHARU DI HANG TUAH JAYA
PENGKALAN BATU 7 Jun - Melaka bakal memiliki sebuah hospital awam baharu bernilai RM875 juta yang akan dibangunkan di kawasan...
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
IPOH 6 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad...
WANITA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PARAH KERETA DINAIKI TERBABAS DI LPT2
DUNGUN 6 Jun - Wanita yang cedera putus kaki kiri dalam kemalangan di Kilometer 341.5 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2)...
DUA DITAHAN BERSAMA DADAH RM57.15 JUTA DI MUAR
JOHOR BAHRU 6 Jun - Polis menahan dua warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57.15 juta yang dipercayai...
MRO, HIDROGEN DAN MARITIM ANTARA FOKUS DANA RM50 JUTA TVET 2.0 – AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA 6 Jun - Dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan...


