Sorting by

×

AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT MERIAH, CERIA DAN PENUH MESRA

Masa Membaca:1 Minit, 59 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Suasana meriah dan penuh kemesraan dapat dilihat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, sempena penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka 2026.

Acara tradisi oleh Kerajaan Negeri setiap kali Aidilfitri itu membawakan tema ‘Melaka Sayang Rakyat’ (MeSRa) sebagai sebuah gagasan mencerminkan perpaduan dan keharmonian Negeri Melaka.

Ia juga diadakan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada seluruh rakyat yang banyak memberi sokongan sehingga pelbagai kejayaan berjaya diraih negeri ini.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.

Turut bersama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

IMG 20260328 122451
SUASANA rakyat yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka 2026 di MITC. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Terdahulu, seawal jam 9 pagi, rakyat berbilang kaum telah membanjiri perkarangan MITC bagi bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri di negeri bersejarah ini.

Dianggarkan lebih 40,000 rakyat memeriahkan majlis yang diadakan bermula jam 10 pagi hingga 4 petang itu.

Jamuan untuk rakyat itu menyajikan lebih 50 juadah, antaranya menu hari raya, selain turut disediakan kambing golek, sate, aneka manisan serta masakan tradisional masyarakat berbilang kaum.

Lebih menarik, tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis popular tanah air, antaranya Dayang Nurfaizah dan Senario, selain Yasser Atak, Roger Kajol, P. Radhi serta persembahan istimewa artis budaya Badan Warisan Seni Melaka.

IMG 20260328 122622
AB Rauf beramah mesra dengan rakyat yang hadir. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Istimewanya, orang ramai yang hadir turut menerima sumbangan duit raya yang disampaikan Tun Dr. Mohd Ali, Ab Rauf dan pemimpin utama negeri.

Sebanyak tiga tempat letak kenderaan telah disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan tetamu yang hadir iaitu perkarangan Masjid Al-Alami MITC; perkarangan Mydin Ayer Keroh dan perkarangan Lingkaran MITC.

Selain itu, turut disediakan tiga bas dan dua van perantara dengan kekerapan 10 minit bagi memudahkan akses pengunjung ke lokasi rumah terbuka Kerajaan Negeri itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

653
Kongsi :
Previous post MELAKA AMBIL LANGKAH AWAL PASTIKAN BEKALAN AIR MENCUKUPI
Next post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TERJEMAH MESEJ MELAKA SAYANG RAKYAT