Sorting by

×

AIDILFITRI: ZON BEBAS KENDERAAN BERMULA 26 HINGGA 30 MAC

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 25 Mac – Sempena Aidilfitri ini, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir akan bermula lebih awal iaitu pada Khamis (26 Mac) berbanding pada Jumaat hingga Ahad seperti kebiasaan.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan itu juga dilanjutkan sehingga 30 Mac (Isnin) pada jam 1 pagi.

“Orang ramai dihasihat merancang perjalanan dan berhati-hati semasa memandu,” kata kenyataan tersebut.

Sejak bermula pada Ogos 2023 hingga tahun lalu, Zon Bebas Kenderaan telah merekodkan kehadiran lebih 4.36 juta pengunjung dan pelancong yang menikmati keindahan Banda Hilir secara santai.

Inisiatif itu juga turut memberi tempias kepada lebih 800 peniaga sekitar Banda Hilir, selain membantu mengurangkan pelepasan karbon dan turut berfungsi memelihara struktur bangunan lama di zon teras Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada masa sama, inisiatif itu juga telah meraih pelbagai pengiktirafan, antaranya Anugerah Most Green Impact pada Majlis Anugerah Hijau Melaka 2024 selain turut diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi Stesen Pertolongan Cemas Pertama di Zon Bebas Kenderaan dan Tempoh Terpanjang Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

447
Kongsi :
Previous post ‘GENG HARRAZ’ AKTIF CURI KENDERAAN, PECAH RUMAH DI MELAKA TUMPAS
Next post MELAKA KAJI CADANGAN KURANGKAN KADAR SEWA TAPAK PENJAJA