
Akses ke pejabat Exco mula disekat
AYER KEROH 5 Okt. – Akses ke pejabat exco kerajaan negeri di Seri Negeri mula disekat, hari ini.
Menurut sumber, setakat ini beberapa kakitangan terlibat perlu mengemas dan melakukan persiapan sebelum ditutup sepenuhnya.
“Pejabat dah tak boleh akses masuk menggunakan kad, jadi kena kemas siap-siap untuk persediaan seterusnya.
“Ada kakitangan lain juga dipindahkan ke Japerun di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing setakat ini.
“Difahamkan hampir kesemua pejabat telah ditutup hari ini, malah bagi empat pejabat Exco yang terlibat telah memindahkan barangan masing-masing dan ditutup sejak semalam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) kerajaan negeri telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Pejabat Ketua Menteri, semalam.
Empat ADUN itu adalah Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron (ADUN Sungai Udang), ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA PADA TAHUN INI – AB RAUF
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA PADA 28 MAC DITERUSKAN
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac akan diteruskan seperti dirancang, kata...
‘SAYA BEKERJA DARI HATI’ – AB RAUF KONGSI RAHSIA TIGA TAHUN PACU KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Tanggal 31 Mac 2026 genap tiga tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mentadbir Melaka...
MEDIA IBARAT ‘TEMBOK’ DI SEBALIK KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Di sebalik pelbagai kejayaan dikecap Melaka sepanjang tiga tahun ini, berdirinya sosok pengamal-pengamal media yang...
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...

