Sorting by

×

AKTIVITI TIDAK BERMORAL, LANGGAR DISIPLIN ATM AMBIL TINDAKAN DALAMAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MACHAP JAYA 18 Januari – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil tindakan dalaman terhadap pegawai atau anggota dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dikaitkan dengan budaya ‘Yeye’.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, meskipun perkara yang berlaku hanya kes terpencil namun tindakan akan diambil sebelum dibawa ke Mahkamah Tentera.

“Jika berlaku perlanggaran kepada disiplin kita akan bertindak di peringkat dalaman selain akan ada jawatankuasa yang ditubuhkan sebelum siasat dijalankan.

“Malah melalui ketenteraan kita mempunyai Mahkamah Tentera dan mereka akan diberikan pengadilan disitu sebelum hukuman dijatuhkan.

“Sekiranya apa yang berlaku sama ada terpencil atau tidak, tetapi sekiranya bukan budaya kita, tindakan akan diambil melalui proses dan peraturan yang kita ada,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Hiasan Tahun Baharu Cina Kampung Permai Machap Umboo Baru, di sini, semalam.

Majlis pelancaran diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan hadir sama Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya.

Menurut Adly, pihak ATM sama sekali tidak membenarkan sebarang bentuk budaya yang bercanggah dengan nilai, disiplin dan tradisi ketenteraan di mana-mana ‘domain’ dibawah pasukan keselamatan itu.

“Walaupun Kita tahu perubahan budaya di ATM itu mengambil masa tetapi buat masa ini kesedaran itu memang ada secara menyeluruh.

“Malah menerusi amanat Menteri baru-baru ini turut memaklumkan bahawa kita tidak boleh menerima budaya ‘hedorism’ sama ada di dalam Kementerian Pertahanan (MINDEF) atau domain ketenteraan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

317
Kongsi :
Previous post LELAKI MAUT DITEMBAK DI HADAPAN KEDAI CUCI KENDERAAN 
Next post PARAKOM KENDALIKAN 474 KES KECEMASAN SEPANJANG 2025