Sorting by

×

ALHAMDULILLAH DAPAT BAJU RAYA BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

LENDU 9 Mac – Inisiatif berkongsi keceriaan menerusi sumbangan pembelian baju raya dilaksanakan anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka amat dihargai oleh ibu bapa daripada kumpulan B40.

Suria Atan, 43, berkata, sebagai seorang suri rumah dia dan empat anak bergantung penuh kepada pendapatan suami yang mengambil upah melakukan kerja kampung.

Katanya, dia berasa amat bersyukur selepas anaknya Mohd Hazriq Osman, 12, dipilih sebagai penerima sumbangan baju raya sempena Program Indahnya Syawal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung di sebuah pusat menjual pakaian di Pekan Lendu, pada Ahad.

“Pembukaan sesi persekolahan pada Januari, diikuti awal Ramadan dan tidak lama lagi disusuli 1 Syawal, tarikh penting ini agak dekat, mahu atau tidak banyak benda perli dibeli.

“Program seperti ini memang diakui amat membantu golongan seperti kami, sekurang-kurangnya seorang anak saya sudah ada baju baharu untuk Aidilfitri tahun ini. Alhamdulillah dapat tampung apa yang kurang kerana pendapatan suami tidak menentu,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Whatsapp image 2026 03 09 at 1.02.05 pm
SURIA Atan menemani anaknya memilih baju raya.

Sementara itu bagi pekerja p-hailing Mohd Arif Dinan, 29, memanfaatkan baucar RM150 disediakan pihak penganjur untuk membeli baju Melayu untuk anak lelaki dan baju kurung untuk anak perempuannya.

Katanya, dia perlu bijak berbelanja kerana perlu memikirkan tiga lagi anaknya dan membeli barangan keperluan sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer kerana memberi peluang kepada anak saya menerima sumbangan ini. Baucar diberikan juga amat berbaloi, alhaldulillah saya dapat beli baju untuk dua orang anak.

“Dalam suasana ekonomi tidak menentu sekarang bantuan dihulurkan amat bermakna, secara tidak langsung membantu saya berjimat,” katanya.

Whatsapp image 2026 03 09 at 1.01.25 pm
MOHD Arif memilih baju untuk anaknya.

Terdahulu 200 peserta mendapat manfaat hasil pelaksanaan program itu menerima baucar pembelian baju raya yang diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post MELAKA SOKONG SEKAT MEDIA SOSIAL ANAK 16 TAHUN KEBAWAH
Next post PERZIM SEDIA JADUAL PETUGAS BERGILIR SEMPENA AIDILFITRI